1. Dalam seminggu lagi cukup 4 tahun kerja dengan "gomen". Banyak perkara baru yang dipelajari. Banyak juga perkara yang sama ditempuhi seperti di sektor swasta.
2. Perkara baru seperti "Saya yang menurut perintah" cukup mengikat diri untuk tidak keluar dari pelbagai agenda orang atasan. Semua agenda orang atasan semestinya diikuti. Walaupun orang atasan sering mengarahkan budaya kerja mesti "out-of-box". Sekejap "Saya yang menurut perintah", sekejap kena berfikir "out-of-box". Mana satu mahu ikut?
3. Banyak perkara yang sama ditempuhi contohnya sikap yang negatif seperti tidak proaktif, tiada kawalan terhadap tugas-tugas orang yang diselia, beban tugas yang tidak seragam, berpuak-puak dalam institusi, lambat membuat keputusan, lambat menetapkan sasaran kerja tahunan, kurang komunikasi mengenai sasaran institusi diawal tahun dan banyak lagi kelemahan pengurusan institusi yang berpunca terlalu banyak peringkat pengurusan sehingga mesej tidak sampai ke ahli peringkat bawahan.
4. Walaubagaimanapun, beban tugas kerja "gomen" hanyalah kurang 1 peratus berbanding beban tugas semasa lebih 10 tahun di sektor swasta. Dulu "Quality time, kini "Quantity time".
Sekian,
Saya yang menurut perintah.
Friday, February 8, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)