Friday, September 30, 2011
Baru kerja tapi memang ada duit
Memang baru kerja, mesti belum dapat gaji. Tetapi masa belajar dulu, ada kerja jadi dapat ada duit. Bukan dalam RM, tapi USD. Dapat tampung belanja makan/minum/sewa rumah.
Saturday, September 24, 2011
Pengurusan Kilang Kelam-Kabut
Hari pertama bekerja memang berkobar-kobar, tarikh keramat 1.10.1998. Gaji pertama memang sikit RM1400 sebulan. Walaupun "grad oversea", masa ni tengah gawat 1997-98, jadi kilang milik asing ni bagi sikit je. Ambil kesempatan kot.
Kembali kepada pengurusan kilang, memang kelam kabut. Contoh, hari ini dapat order buat "semi-finished part", hari ini jugak nak hantar produk ke kilang besar. Memang kelam-kabut, nak makan pun tak sempat. Bila siap buat, kena inspect pulak. Masa inspect, semua OK. Bila customer nak assemble part tu, tak muat, tak ikut spek pulak. Kena pergi buat rework kat kilang tu pulak. Pakai sampling macam-manapun, customer nak produk 100% ikut spek. Jadi buang je sampling standard tu. Check 100%. Isu ini memang kelam-kabut. Bila tengok kat line, patutlah part tak ikut spek, "makcik-makcik" yang jadi operator mesin nak buat part. Memang hancur!

Tuesday, September 20, 2011
Engineer Pun Tolak Tayar?
Hari pertama bekerja penulis melihat rakan sejawat engineer yang "Grad Oversea" pun tolak tayar kapal terbang. Ini realiti pekerjaan, setinggi mana belajar pun, setinggi mana pangkat kita pun kena tahu apa yang berlaku kat bawah. Yang penting jangan memilih pekerjaan.
Sunday, June 19, 2011
Gawat Pun Dapat Kerja!
Tahun 1998 tahun sukar mendapat kerja di Malaysia. Tahun 1997-1998 tahun sukar kerana ekonomi negara teruk dilanda penyangak ekonomi.
Selepas mendapat ijazah luar negara dalam bidang kejuruteraan mekanikal pada akhir Ogos 1998 penulis terus pulang ke tanah air tercinta. Selepas berehat sebulan-dua di kampung tercinta, terus mendapat kerja pada bulan Oktober 1998, tahun yang sama! Sungguh bersyukur kepada Allah SAW. Dalam ekonomi yang teruk pun dapat kerja.
Subscribe to:
Posts (Atom)