Thursday, August 20, 2020

Selepas 11 tahun kerja gomen, sudah 2 kali naik gred.

 Alhamdullilah, genap 11 tahun bekerja di sektor awam. Masa berlalu terlalu pantas. Alhamdullillah disematkan didalam hati untuk bekerja bersungguh-sungguh, sudah dua kali nak gred.

Tuesday, February 3, 2015

Kerja kuat pun gaji sama sahaja setiap bulan

1. Sikap menganggap bekerja lebih kuat sedikit tidak membantu untuk kenaikan gaji kita di sektor "gomen" amat kurang tepat sama-sekali. Jika kita bersyukur kepada Allah dengan rezeki yang diterima setiap bulan, insyallah rezeki itu berkat walaupun jumlahnya sama setiap bulan.

2. Keberkatan itu tidak dinilai dengan wang ringgit, tetapi kesihatan diri, tiada kemalangan diri ATAU ahli-keluarga yang memerlukan belanja yang besar. Juga keberkatan itu dinilai dengan tiada kerosakan kepada kenderaan atau rumah kita yang memerlukan perbelanjaan yang besar. Dan keberkatan yang paling bernilai adalah ketenangan jiwa diri sendiri dan ahli-keluarga dalam melayari kehidupan seharian.

3. Oleh itu, stigma negatif di sektor awam iaitu "Kerja lebih pun, gaji tetap sama" harus dibuang. Bersyukur dengan rezeki yang diterima, itulah sebenarnya hakikat "rezeki" yang diberkati oleh Allah SWT.

Friday, February 8, 2013

Sudah 4 tahun kerja "gomen".

1. Dalam seminggu lagi cukup 4 tahun kerja dengan "gomen". Banyak perkara baru yang dipelajari. Banyak juga perkara yang sama ditempuhi seperti di sektor swasta.

2. Perkara baru seperti "Saya yang menurut perintah" cukup mengikat diri untuk tidak keluar dari pelbagai agenda orang atasan. Semua agenda orang atasan semestinya diikuti. Walaupun orang atasan sering mengarahkan budaya kerja mesti "out-of-box". Sekejap "Saya yang menurut perintah", sekejap kena berfikir "out-of-box". Mana satu mahu ikut?

3. Banyak perkara yang sama ditempuhi contohnya sikap yang negatif seperti tidak proaktif, tiada kawalan terhadap tugas-tugas orang yang diselia, beban tugas yang tidak seragam, berpuak-puak dalam institusi, lambat membuat keputusan, lambat menetapkan sasaran kerja tahunan, kurang komunikasi mengenai sasaran institusi diawal tahun dan banyak lagi kelemahan pengurusan institusi yang berpunca terlalu banyak peringkat pengurusan sehingga mesej tidak sampai ke ahli peringkat bawahan.

4.   Walaubagaimanapun, beban tugas kerja "gomen" hanyalah kurang 1 peratus berbanding beban tugas semasa lebih 10 tahun di sektor swasta. Dulu "Quality time, kini "Quantity time".

Sekian,
Saya yang menurut perintah.

Tuesday, February 28, 2012

Strategik Industri Pun Lingkup

1. Ujar seorang rakan, "Industri yang kau kerja ni strategik untuk negara". Jawab saya, "Memang pun strategik, tetapi jika keputusan korporat diambil sebaliknya, apa boleh buat".

2. Ujar rakan yang sama, "Lesen yang syarikat kau ada ni, laku lagi 100 tahun". Jawab saya, "Apa boleh buat, jika keputusan korporat diambil sebaliknya".

3. Negara kita harus "self-sufficient" untuk "survive" jika ada apa-apa konflik. Semua industri strategik harus wujud di negara ini.

4. Jika negara sebagai, contoh stok makanan masih bergantung negara luar, maka kita belum mampu dianggap "self-sufficient".

Friday, September 30, 2011

Baru kerja tapi memang ada duit

Memang baru kerja, mesti belum dapat gaji. Tetapi masa belajar dulu, ada kerja jadi dapat ada duit. Bukan dalam RM, tapi USD. Dapat tampung belanja makan/minum/sewa rumah.

Saturday, September 24, 2011

Pengurusan Kilang Kelam-Kabut

Hari pertama bekerja memang berkobar-kobar, tarikh keramat 1.10.1998. Gaji pertama memang sikit RM1400 sebulan. Walaupun "grad oversea", masa ni tengah gawat 1997-98, jadi kilang milik asing ni bagi sikit je.  Ambil kesempatan kot.
Kembali kepada pengurusan kilang, memang kelam kabut. Contoh, hari ini dapat order buat "semi-finished part", hari ini jugak nak hantar produk ke kilang besar. Memang kelam-kabut, nak makan pun tak sempat. Bila siap buat, kena inspect pulak. Masa inspect, semua OK. Bila customer nak assemble part tu, tak muat, tak ikut spek pulak. Kena pergi buat rework kat kilang tu pulak. Pakai sampling macam-manapun, customer nak produk 100% ikut spek. Jadi buang je sampling standard tu. Check 100%. Isu ini memang kelam-kabut. Bila tengok kat line, patutlah part tak ikut spek, "makcik-makcik" yang jadi operator mesin nak buat part. Memang hancur!

Tuesday, September 20, 2011

Engineer Pun Tolak Tayar?

Hari pertama bekerja penulis melihat rakan sejawat engineer yang "Grad Oversea" pun tolak tayar kapal terbang. Ini realiti pekerjaan, setinggi mana belajar pun, setinggi mana pangkat kita pun kena tahu apa yang berlaku kat bawah. Yang penting jangan memilih pekerjaan.